Security Awareness Campaign with the Men in Blue – Dialog Session with PDRM

YB Teresa Kok, sedang memberi ucapan, pandangan dan nasihat beliau selepas mendengar taklimat terperinci dan menyeluruh mengenai keselamatan kejiranan, penduduk di kawasan Taman Yarl yang merangkumi lebih 700+ ekar di Parlimen Seputeh, oleh Tuan OCS, Balai Polis ๐Ÿ‘ฎ๐Ÿปโ€โ™‚ Petaling Inspector Hafiz Jamil.

Rukun Tetangga dan MPPWP SZ6 SEPUTEH merakamkan setinggi tinggi tahniah kepada Pejabat YB SEPUTEH dan PDRM, khususnya Balai Polis Petaling bagi meluangkan masa pada hari minggu untuk menjayakan program keselamatan masyarakat ini.

Seramai hampir 50 penduduk menghadiri dan menyokong taklimat mustahak dua hala yang murni ini, dengan beberapa soalan keselamatan penting dibangkitkan oleh penduduk kawasan dengan maklum balas jujur dan tepat oleh pihak Polis.

Pencegahan jenayah dan keselamatan masyarakat adalah tanggungjawab dan trafik dua hala yang membabit PDRM dengan penduduk awam sebagai mata dan telinga pihak berkuasa Polis Diraja Malaysia.

Polis dan rakyat
Berpisah Tiadaโ€ฆ๐Ÿšจ๐Ÿš”

  • Alvin T. Ariaratnam
  • Pengerusi MPPWP SZ6 SEPUTEH / AJK KRT Taman Yarl , Kampung Ch’egu Jali & OUG-A
  • 28.7.2024 @ 2200H