Perasmian Polis Beat di RT, Taman Yarl oleh anggota polis dari Balai Polis Petaling 🚨👮🏻♂ pada 25hb Jun @ 2000h.
Turut serta Pengerusi RT – Encik Sangar Perumal dengan barisan exco, Tuan Victor Ananth (Bukit Aman) dan Encik Alvin T. Ariaratnam – Pengerusi MPPWP SZ6 SEPUTEH.
“Polis Beat” adalah aplikasi yang memungkinkan petugas polis untuk melakukan berbagai tugas termasuk rondaan di kawasan yang ditugaskan. Aplikasi ini biasanya dilengkapi dengan ciri-ciri seperti:
- Pencatatan Rondaan: Petugas dapat mencatat jadual dan hasil dari setiap rondaan yang dilakukan, termasuk lokasi, waktu, dan kejadian yang diamati.
- Pemantauan Lokasi: Aplikasi dapat memanfaatkan GPS atau teknologi lainnya untuk mencatat lokasi petugas saat melakukan rondaan. Hal ini membantu dalam memastikan bahawa kawasan yang ditugaskan benar-benar selamat.
- Pelaporan Kejadian: Selain rondaan, aplikasi juga memungkinkan petugas untuk melaporkan kejadian atau insiden yang mereka tangani selama rondaan. Ini termasuk pelaporan kejahatan atau rompakan atau situasi yang lainnya.
Penduduk Taman Yarl, kampung Ch’egu Jali dan OUG-A berasa amat bangga dan selamat dengan kerjasama erat bersama Polis Petaling 🚔
Rukun Tetangga dan MPPWP SZ6 juga ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada YB.Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputeh dan OCS Balai Polis Petaling Tuan Hafiz Jamil kerana menyokong dan menjayakan program murni ini.
Harapan penduduk adalah dengan kekerapan perondaan sebegini, kadar pecah masuk rumah dan kes pencurian dapat di benteras dan diatasi.
- Alvin T. Ariaratnam
- 2145hrs, 25hb Jun 2024
- KRT, Taman Yarl