Awas! Berhati-hati dengan Macau Scam!

Saban tahun jenayah penipuan siber atau scam menunjukkan trend yang semakin membimbangkan dan hampir setiap hari ada sahaja kes mangsa ditipu melalui panggilan telefon atau media sosial.

MCMC menasihati orang ramai agar kekal tenang dan jangan panik sekiranya anda menerima panggilan yang mencurigakan.

Jangan klik pautan yang mencurigakan serta jangan sesekali mendedahkan maklumat peribadi anda.

Terus putuskan panggilan.

📞 Hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan di talian 997 dengan segera sekiranya anda menjadi mangsa scam agar tindakan dapat diambil oleh pihak berkuasa.

#MCMC
#MalaysiaMadani
#JaPenWPKLP
#PPDBBSP
#KLCeria